Jawatan Kosong Konstabel Polis Bantuan ECRL

ECRL Operation Sdn. Bhd. (EOSB) kini membuka peluang kepada calon yang berminat untuk menyertai pasukan kami sebagai Konstabel Polis Bantuan ECRL.

Calon yang memenuhi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan dalam poster adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan.

📅 Tarikh tutup permohonan: 26 September 2026

📲 Imbas kod QR pada poster atau mohon melalui pautan berikut:

🔗 https://boards.briohr.com/.../6aab8e86a2fe76d30b285278

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai EOSB dan menjadi sebahagian daripada operasi ECRL!

polis bantuan ecrl

Skop Tugas:

  • Menjalankan rondaan, kawalan keselamatan dan pencegahan jenayah
  • Melindungi kakitangan, penumpang, pelawat, aset dan infrastruktur ECRL
  • Membantu pengurusan insiden, kecemasan dan pematuhan prosedur keselamatan.

Syarat Kelayakan:

  • Terbuka kepada pemohon warganegara Malaysia yang berasal dari Kuantan, Maran, Temerloh, Bentong, Dungun atau Kemaman, berdasarkan alamat tempat tinggal yang tertera pada MyKad.
  • Berumur 18 hingga 21 tahun pada tarikh tutup permohonan
  • Lulus SPM/setaraf dan kepujian Bahasa Melayu dan lulus bahasa Inggeris (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM/setaraf
  • Tiada rekod jenayah atau kesalahan serius
  • Lulus tapisan keselamatan oleh Polis Diraja Malaysia
  • Mempunyai lesen memandu yang sah sekurang-kurangnya B2
  • Bersedia menjalani latihan asas Polis Bantuan dan ditempatkan di lokasi operasi ECRL mengikut keperluan syarikat
  • Mempunyai sahsiah, disiplin, integriti dan ketahanan diri yang tinggi.

Kelayak Fizikal:

  • Tinggi sekurang-kurangnya 1.65 (lelaki) dan 1.57m (wanita) tanpa bersepatu
  • Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (lelaki) dan wanita sekurangkurangnya 48 kg
  • Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26
  • Ukuran lilitan dada biasa 81 cm (normal) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja)
  • Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lekap)
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
  • Tidak mempunyai sejarah kemalangan atau kecederaan serius.

Post a Comment for "Jawatan Kosong Konstabel Polis Bantuan ECRL"